Tuesday, January 1, 2013

Roti John

Selamat tahun baru 2013. Satu tahun lagi berlalu. Semoga tahun 2013 akan menjadikan kita orang yang lebih baik dari tahun lepas. Amin. Antara azam tahun ini, akan lebih rajin untuk update personal blog yang dah lama usang. 

Jadi sebagai pembuka tirai 2013, saya update blog dengan menu makan malam ni, Roti John. Asalnya terlihat update status rakan FB. Dek kerana dah lama tak buat roti john ni, dan memandangan semua bahan-bahan ada, jadi, makan malam sekeluarga malam ni adalah roti john dengan extra telur dan daging.

  

Resepi:

Bahan-bahan untuk inti

200gm daging cincang Ramly
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam
garam secukup rasa
3/4 - 1 cawan air

Bahan-bahan untuk membuat roti john

1 batang Roti baguette
8 biji telur
inti daging

Cara-cara membuat:

1. Hiris bawang besar. Panaskan minyak. Tumiskan bawang sehingga kekuningan. Masukkan daging cincang. Lerai-leraikan daging (jangan biar berketul besar-besar). Kaup balikkan. Masukkan soso tiram, lada hitam dan garam. Masukkan air. Biar sehingga daging lembut/ kering air. Setelah lembut/kering air, bolehlah diangkat. Bahagikan kepada 4 bahagian.

2. Roti baguette di potong 4. Kemudian setiapnya dibelah tengah tapi jangan sampai putus. 

3. Pukul 2 biji telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan lada hitam. Masukkan daging.  Kacau rata. Panaskan kuali non stick. Bubuh sedikit minyak (1/2 sudu teh). Masukkan bancuhan telur dalam kuali. Biarkan sebentar. Tekapkan roti tadi ke atas telur. Goreng sehingga masak. Setelah masak bolehlah diangkat.

4. Jika suka, boleh di letakkan coleslaw/cili sos/mayonise ke atasnya.


Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment