Tuesday, June 12, 2012

Majlis Kahwin di dewan / di rumah

Di dewan atau di rumah? Kedua-dua lokasi mempunyai kelebihan tersendiri. Jika buat di dewan, beberapa perkara perlu diambil kira. Antaranya sewa dewan. Anda perlu 'booking' dewan untuk majlis anda beberapa bulan sebelum tarikh majlis diadakan. Sekiranya, dewan pilihan anda antara lokasi yg popular, ataupun tarikh majlis anda adalah pada musim cuti sekolah, anda mungkin perlu menempah dewan 6 bulan - 9 bulan lebih awal. Jangan terkejut, ada yang menempah dewan untuk majlis mereka seawal 1 tahun sebelum majlis. Kadar sewa dewan bergantung lokasi dan populariti dewan tersebut.

Hiasan dewan juga antara faktor yang perlu difikirkan apabila mengadakan majlis di dewan. Adakah anda akan mengadakan majlis persandingan anda di dewan? Jika ya, anda perlu pula mengambil kira kos tatarias pelamin. Jika tidak, cukup sekadar menumpukan perhatian pada tatarias meja pengantin. Koleksi gambar di bawah mungkin dapat memberikan beberapa idea, bagaimana hiasan dewan yang anda inginkan.

(Gambar dr Google)





Bagi adik ipar saya, oleh kerana majlis persandingan tidak diadakan di dewan, hiasan hanya tertumpu pada meja pengantin.



No comments:

Post a Comment