Thursday, January 19, 2012

Caramel Lagi


My favourite!!!! Resepi tengok kat SINI ok!! Yang ni pakai bekas mikrowave segiempat sama. Selamat Mencuba!!!

Chicken Snitzel


Bahan-bahan:

4 keping dada ayam (boneless) potong butterfly
lada hitam
garam

1 biji telur

Tepung goreng KFC secukupnya

Cara Membuat:

Dada ayam dipotong butterfly. Diperap dengan lada hitam dan garam. Panaskan minyak secukupnya. Celupkan dada ayam ke dalam telur. Kemudian celup ke dalam tepung. Goreng sehingga kekuningan atau masak. Angkat.

Side:

4 biji kentang dikupas kulit dan dipotong sederhana besar. Rebus sehingga lembut. Angkat. Bubuh sedikit minyak zaitun, garam, lada hitam, daun parsley. Gaul.

Bake beans: Tumiskan sedikit bawang. Masukkan bake beans dan sedikit air serta garam secukup rasa. Bila sudah mendidih boleh angkat.

Sos Lada Hitam:

Tumis bawang. Masukkan 1/2 paket Maggi Black Pepper. Masukkan susu. Biar mendidih dan sedikit pekat. Masukkan kicap pekat & sos tiram.

Wednesday, October 26, 2011

Rendang Ayam

Rendang ayam ala minang? Tapi dah buat ala-ala shortcut :). Senang je macam masak gulai je, cuma ada extra bab bahan-bahannya je.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
400-500gm santan
2 keping asam gelugor
2 sudu penuh kerisik (membukit)

Bahan untuk ditumbuk/mesin kisar:

4 batang serai
1.5" halia
2" lengkuas
2 biji buah keras

Bahan untuk dihiris:

1 mangkuk sederhana bawang merah kecil
1 labu bawang putih

Cara-cara:

Masukkan ayam, bahan-bahan dikisar, bawang, asam gelugor dan santan ke dalam kuali panas. Sesekali balik-balikkan sehingga ayam masak/kuah pekat. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Masak sehingga kepekatan yang anda mahu.

Monday, October 24, 2011

Surat Berantai

Mesti korang pernah dengar pasal surat berantaikan dan mungkin juga pernah dapat. Pada akhir surat tu mesti ada ayat macam ni kan:

"Anda perlu mencetak 20 salinan dan dihantarkan kepada 20 orang. Dalam masa 7 hari anda akan mendapat keuntungan dalam perniagaan, dinaikkan pangkat atau menerima anugerah. Jika anda tidak melakukannya, nescaya anda akan ditimpa musibah."

atau

"kalau kamu benar2 cintakan Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.
"

Contoh surat berantai terbaru:

Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul." Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ." Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin. "U" bermaksud " USA " "I" bermaksud " Israel " Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan ak...idah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon. LAGI SATU : Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah dan akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi. 'i' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel '. 4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". kalu kamu benar2 cintakan Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.


Aduhai, kartun upin ipin pun boleh dijadikan sasaran. Apa kena-mengenanya upin ipin dengan USA? dengan Israel? Kartun hasil idea dan garapan anak Malaysia. Apa yang ada dalam upin ipin tu yang nak dikatakan agenda Israel? Walaupun ianya berbentuk kartun, di dalamnya ada terapan nilai-nilai murni, menghormati orang tua, bergaul dengan rakan secara sihat, dan macam-macam lagi. Sungguh saya kurang puas hati bila terbaca surat berantai ni pada status seseorang dalam laman "facebook". Apa hak mereka nak menentukan solat seseorang itu Allah terima atau tidak. Siapa mereka nak menetukan iman seseorang?

Sedarlah, dalam ghairah mempercayai surat berantai sebegini, silap langkah kita pula yang syirik kerana percaya pada "kekuasaan" surat berantai ini. Nau'zubillah..... Wallahua'lam.

Sambal Terung Abang

Siapa kata anak lelaki tak boleh masak? Saya ada dua orang anak lelaki dan kedua-duanya sudah lulus masak nasi (pakai rice cookerlah kan). Dan tak perlu rujuk dengan saya sukatan air bagai. Dua-duanya dah pandai buat telur hancur (scramble telur).. dah pandai buat roti cheese/kaya goreng.. dah pandai goreng nugget/hotdog...

Jadi baru-baru ni saya ajar mereka masak sambal tumis ikan bilis untuk di makan dengan lempeng. Saya cuma bagi arahan sahaja. Dari kupas bawang sampai masak sambalnya, semua dilakukan mereka berdua (sebab mama tengah sibuk menyiapkan tempahan kek). Dan hasilnya.......


Dan yang terbaru Abang masak sambal terung dari A sampai Z juga :)

Sangat bangga dengan mereka :)

Macaroon lagi

Satu lagi percubaan membuat macaroon. Entah kenapa macam menjadi kegilaan pulak dengan macaroon ni. Dan akhirnya barulah berpuas hati dengan hasilnya.. walaupun bukan 100% hehe sebab ada yang "carck".. hmm nampaknya kena buat "homework" lagilah...



Resepi:

Bahan-bahan

100gm telur putih
110gm serbul badam
165gm gula ising
60gm gula halus

Sediakan 2 "baking paper" dan lukis bulatan sebesar 1" -1 1/2 ". Letak di atas loyang.

Ayak gula ising dan serbuk badam ke dalam bekas. (Boleh kisar lagi untuk mendapatkan hasil yang lebih halus)


Dalam bekas lain, pukul telur putih pada kelajuan perlahan, kemudian ke kelajuan yang tinggi. Pukul sehingga putih. Masukkan gula halus, dan pukul lagi hingga telur kelihatan berkilat dan "keras". (apabila ditonggeng bekas, telur tidak akan jatuh).

Gaulkan adunan gula ising dan serbuk badam dalam adunan telur sehingga sebati. Pastikan adunan sebati (jika diuji dengan spatula ia akan turun seperti riben). Bubuh warna (saya pakai warna masterchef).

Masukkan adunan ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozel bulat. "Pipe"kan adunan ke atas loyang. Bahagian permukaan perlu rata. Sekiranya permukaan tidak rata, kacau semula adunan sehingga mendapat kelembapan yang diperlukan.

Biarkan macaron yang telah "dipipe" 30-45 minit sebelum dibakar. Pada masa ini, permukaan atas macaron akan mengering dan mengeras.

Panaskan oven. Bakar selama 15 minit. Angkat. Biarkan sejuk sebelum dileraikan dari "baking paper".

Filling:

100gm cokelat masak
1/2 cawan krim

Panaskan kedua-duanya dengan menggunakan kaedah double boiler. Biarkan sejuk & pekat (saya letak dalam fridge sebentar). Kemudian bolehlah disapu pada macaroon.

1st trial
(x diambil gambar sebab hancus... hehehe)

2nd trial
3rd trial


4th trial
(taraaaaaaaa)


Selamat mencuba.....

Wednesday, September 21, 2011

Macaroon



Lagi satu percubaan membuat macaroon. Kali ni pakai serbuk hazelnut. Rasanya lagi sedapppp... tapi rupanya.. hmm belum dapat yang beul-betul cantik... Takpe.. nanti kita cuba lagi sampai perfect...

200g gula ising
110g serbuk badam
90g telur putih
30g gula halus

Sediakan 2 "baking paper" dan lukis bulatan sebesar 1" -1 1/2 ". Letak di atas loyang.

Ayak gula ising dan serbuk badam ke dalam bekas. (Boleh kisar lagi untuk mendapatkan hasil yang lebih halus)


Dalam bekas lain, pukul telur putih pada kelajuan perlahan, kemudian ke kelajuan yang tinggi. Pukul sehingga putih. Masukkan gula halus, dan pukul lagi hingga telur kelihatan berkilat dan "keras". (apabila ditonggeng bekas, telur tidak akan jatuh).

Gaulkan adunan gula ising dan serbuk badam dalam adunan telur sehingga sebati. Pastikan adunan sebati (jika diuji dengan spatula ia akan turun seperti riben). Bubuh warna (saya pakai warna masterchef).

Masukkan adunan ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozel bulat. "Pipe"kan adunan ke atas loyang. Bahagian permukaan perlu rata. Sekiranya permukaan tidak rata, kacau semula adunan sehingga mendapat kelembapan yang diperlukan.

Biarkan macaron yang telah "dipipe" 30-45 minit sebelum dibakar. Pada masa ini, permukaan atas macaron akan mengering dan mengeras.

Panaskan oven. Bakar selama 15 minit. Angkat. Biarkan sejuk sebelum dileraikan dari "baking paper".

Filling:

Pes Cokelat (beli di kedai bahan bakeri)