Monday, January 5, 2015

Selamat Tahun Baru 2015


Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca (terlambat 5 hari yo!). Apa azam korang tahun ni? Azam akak, nak memperbanyakkan update blog yang usang ni. Rasanya macam sama je dengan azam tahun lepaskan. Hehehe, tak apalahya. Azam tahun lepas tak tercapai, dan akak akan cuba capaikannya tahun ini. Tahun ni akan cuba lebih banyak berkarya dalam blog. Cewahhh... ada ke yang sudi membaca coletah akak ni agaknya. Dahlah tak banyak benda yang nak dipaparkan, melainkan benda-benda yang biasa-biasa je. Nak jadi blogger masakan, masak pun biasa-biasa je. Kadang-kadang tak berapa rajin nak amik gambar. Jadi tahun ni kita buang jauh-jauh perangai yang tak berapa nak rajen tu ya.

Tahun baru mulakan dengan semangat baru. Aura sentiasa kena positif. Tapi akak kurang sokong denga ayat "jauhkan diri anda / jangan berkawan dengan mereka yang bersikap negaitif kerana dikhuatiri kita pun akan terjebak.  Macam tak berapa kena statement tu. Tiada salahnya nak berkawan dengan sesiapa saja. Janji kita sentiasa berwaspada dan jangan mudah terpengaruh. Semuanya datang dari hati kita, dari diri kita sendiri. Yakin dengan diri sendiri. Positifkan diri sendiri. Kita mungkin dapat mengubah perspektif orang/mengubah cara pemikiran orang lain ke arah lebih positif. Aamiin.

Malam ni kita mimpi dulu nak masak apa untuk esok.. C U Soon.


No comments:

Post a Comment