Saturday, May 16, 2015

Janji saya nak sentiasa update blog ni asyik terkubur je. Kebanyakannya, tak tahu apa nak ditulis. Ketandusan idea. Kekadang jealous gak dengan blogger-blogger yang meng"update" blog dieorang setiap hari. Ada saja topik yang nak ditulisnya (taip). Adakah kerana saya ni seorang suri rumah a.k.a homebaker tegar dengan anak-anak yang sudah remaja-remaja belaka punca tiada idea? %#&(%$%

Sekarang ni saya ada "join" bazaar. Tak adalah selalu.. Bila join bazzar ni, kita yang kekurangan modal, sudah tentulah pilih nak join bazaar yang sewanya murah trang tang-tang. Kalau yang RM100 ke atas seboleh-bolehnya nak dielakkan. Kalau organizer bazaar ni, punyalah ramai toksah ceritalah. Sampai 1 lokasi ada 2-3 organizer.

Apa fungsi organizer? Cari tempat & vendor ajekah & collect sewa? Kalau ni aje kerjanya, kesian kat peniaga-peniaga. Kalau tempat baru, oklah faham sesangatlahkan. Tempat baru & orang belom tau. Atau mungkin lokasi bazaar tempat yang bukan tempat trafik yang tinggi. Kalau macam-macam promosi dilakukan, orang tak datang jugak, lain ceritanya. Kekadang diwar-warkan promosi sakan akan dibuat, tapi akhirnya realitinya promosi tak sampai ke penduduk setempat. Yang sedihnya peniaga, yang dah keluarkan sewa & modal yang banyak. Tiada orang yang datang bertandang. Macam mana nak jual barang kalau orang yang datang tak sampai ratusan orang? Kadang-kadang berlarutan sampai setahun dua, crowd memang tak seberapa, tapi masih juga ramai organizer buka tapak di tempat yang sama. Haru.

Kalau kat pejabat-pejabat kerajaan tak payah ceritalah. Lain pula senarionya. Murah sewa, berpatutanlah bagi peniaga kecil-kecilan. Sewa dalam RM15-RM50 sehari. Ada yang anjurkan sebulan sekali - waktu gaji - sebab time ni penjawat awam memang tak lokek berbelanja. Ada yang buat pada hari tertentu setiap minggu. Bayangkan, bukan senang nak dapat berniaga di bangunan-bangunan gomen ni. Sampai di satu Page ni orang komen, susah nak dapat, sebab berkroni-kroni. Dan ada yang menafikannnya. Saya andaikan rezeki dialah. Tapi, memang susah nak dapat nombor people incharge, bila dah dapat kadang-kadang tak dilayan pula hokay.

Apa yang saya nampak, kat pejabat-pejabat gomen ni majoriti memang pakai kroni especially yang otai-otai (jangan marah ya). Setiap kali niaga tapak tu memang khusus untuk mereka, orang lain tak leh kacau. Strictly mine, trespasser will be executed. huhu. Macam tu lah perasaan bagi orang-orang baru join. Kalau yang style pilih tapak pat-pat nya, bertambah haru. Ramai juga yang datang set up malam sebelum berniaga. Maka sesedap rasalah pilih lokasi yang dia nak. Tak kiralah kat situ dah ada meja/barang orang yang dah cop terlebih dahulu. Habis meja/barang orang dianjaknya. (Fikir-fikir.. sanggupnyakan, nak anjak barang orang, kadang-kadang terpaksa anjakkan sampai 4-5 tapak, semata-mata nak dapatkan tapak "PRIME' lah kononnnya.) Bila tuan punya datang, tengok-tengok barang dah tak ada di lokasi, sampai berganjak berpuluh meter dari tempat asal. Yang mana ala-ala seperti diktator pun ada. Siap ada koncu-koncu. So dia akan jaga tapak konco-konco.. Ko kacau tempat konco-konco ni siap.

Kalau difikir-fikirkan memang stress. Setiap rezeki datang dari Allah, saya redah & redho. Apa-apa yang buruk datang dari saya, yang baik semuanya dari Allah. Kalau tak ada rezeki aritu, maknanya Allah on hold dulu rezeki tu untuk beri kita rezeki yang lebih elok. Aameen.


No comments:

Post a Comment