Monday, March 8, 2010
Bun Manis
Sweet Bun Dough
Sumber: Mamafami
A
500 gm tepung high protein (saya guna tepung gandum biasa)
1 sudu teh bread improver - optional
50 gm susu tepung (tak ada, saya ganti dengan susu pekat dibancuh ke dalam air)
1 sudu kecil garam
10 gm instant yeast
100 gm gula castor
1 biji telur
220 ml air
B
75 gm butter
Bahan A dicampur bersama dan diputar hingga sebati kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit. Uli selama beberapa minit hingga semua sebati.
Kemudian masukkan butter dan putar lagi atau uli hingga doh menjadi elastik bila ditarik. Bulatkan doh dan diperam di dalam tempat tertutup sehingga ia naik 2 kali ganda. Doh yg elok adalah bila ditekan dengan jari, ia tidak turun (ia meninggalkan lubang yg kekal bila ditekan).
Doh yg telah diperam tadi dikeluarkan ditumbuk2 sedikit utk mengeluarkan angin. Kemudian boleh dibentuk2 mengikut sesuka hati. Setelah dibentuk, sebaiknya peram lagi sehingga ia naik sekali ganda dari bentuk asal. Kemudian, barulah boleh dibakar pada suhu 180'C selama 20 minit - 30 minit.
** tip:
Untuk memeram doh: saya panaskan dahulu ketuhar dalam 5 minit. Tutup api ketuhar. Perapkan doh roti ke dalam oven. Doh akan naik menggebu sekejap sahaja.
Untuk mendapatkan roti yang lembut: Doh perlu diuli lama (pada ulian pertama). Tarik-tarikkan doh seperti chewing gum.
Labels:
Roti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment