Sunday, June 10, 2012

Projek Biskut Raya

Idaman setiap baker? Sudah tentulah kan. Banyak masa boleh jimat. Kalau dulu sekali masuk, 60 biji cupcake, dengan ada yang baru ni masa boleh dijimatkan 4x ganda! 4x ganda! Woo... bayangkan bila projek membuat biskut raya bermula... tak perlulah lagi bersengkang mata gitu? Boleh caya ke? Alhamdulillah, my big brother sudi invest money in my small bakery dengan support dari my sister and my 3rd brother. Alhamdulillah for these wonderful person. Semoga dipermudahkan segala urusanku kelak. Amin.


Mula-mula pencarian oven ke CKE, seperti biasalah. Sebab sebelum ni pun dah pernah beli mixer & freezer dari CKE Cheras. So this time, pergi CKE Puchong, kononnya dekat dengan rumah + tak jumpa CKE Cheras (rupanya dah pindah ke Taman Midah?). Masuk je ke showroom, lengang. Aku je lah kastemer yang adapun. Tak ada sales person yang datang sambut pun. Oklah, takpe.. tengok-tengok dulu. Dalam 5 minit kemudian, sales girl dia datang 'entertain'. Tanyalah harga oven yang berkenan di hati. Baru tanya 2-3 oven yang ada, tiba-tiba sales girl dia 'hilang' (masuk pejabat). Walla? Apakah? Kastemer ditinggalkan entertain diri sendiri. Kalau semua produk ada harga tertera, tak mengapalah jugak kan. Ni hanya 1/3 produk yang ada harga. Terpaksalah jugak masuk pejabat cari salesgirl tadi sebab nak tanya untuk repair pemutar mixer yang patah. Terpaksalah pulak tunggu beberapa ketika sebab salegirl bergayut.. Adoyai... Kalau tak kerana nak tanya pasal pemutar tu, sah sahlah aku angkat kaki dah. Tak kuasa you.

Balik rumah survey gaklah kat mana lagi yang ada jual 'industrial oven'. Takkan CKE je yang jualkan. Entah macam mana, Mr Hubby teringat 1 kedai dekat Puchong (dekat je dengan Tesco Puchong). Dulu pernah gak pergi sekali. So pergilah kedai ZX. Dah banyak rupanya barang kat kedai ZX ni tak seperti mula-mula kita orang pergi dulu. Dan Alhamdulillah, harga barang yang dicari jauh lebih murah di sana + layanan yang bagus. Itulah dinamakan rezekikan? Alhamdulillah. Semoga ditambahkan rezeki kami dengan adanya oven baru ini... Amin...

3 comments:

  1. wow..bestnya dapat oven macam ni..aku belum boleh beli lagi sebab payah nak pindah randah..kelak dah balik johor aku nak sambar sebiji jugak..pakai gas ekk?

    ReplyDelete
  2. Ctnaemah: ha ah pakai gas.. harga oven mahal sket dr yang letrik, tapi dalam long run, dijangka akan menjimatkan bil letrik...

    Mama miki: tq

    ReplyDelete