

Bahan untuk karamel:
2 cawan gula merah
1 cawan air
Cairkan gula merah dan tapiskan.
Bahan untuk puding:
12 biji telur (B)
1 tin susu cair
3 cawan air
3/4 cawan gula (ikut manis yang anda mahu)
1/2 cawan susu pekat
Kisar semua bahan.
Panaskan pengukus (gunakan api sederhana besar). Dalam acuan, masukkan karamel. Kemudian tuangkan adunan puding ke atasnya. Kukus dalam 20 minit atau sehingga masak.
0 comments:
Post a Comment