Tapi sebab apa permukaannya menggerutu? Sebab sayang lebihan ayak serbuk almond tu.. lalu semuanya kucampak je masuk... hahaha.
Macarons
Sumber: Jamie Schlers's
200g gula ising
115g serbuk badam
112g telur putih
30g gula halus
20g serbuk koko
Sediakan 2 "baking paper" dan lukis bulatan sebesar 1" -1 1/2 ". Letak di atas loyang.
Ayak gula ising, serbuk badam dan serbuk koko ke dalam bekas. (Boleh kisar lagi untuk mendapatkan hasil yang lebih halus)
Dalam bekas lain, pukul telur putih pada kelajuan perlahan, kemudian ke kelajuan yang tinggi. Pukul sehingga putih. Masukkan gula halus, dan pukul lagi hingga telur kelihatan berkilat dan "keras". (apabila ditonggeng bekas, telur tidak akan jatuh).
Gaulkan adunan gula ising, badam dan koko ke dalam adunan telur sehingga sebati. Pastikan adunan sebati (jika diuji dengan spatula ia akan turun seperti riben). Masukkan adunan ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozel bulat. "Pipe"kan adunan ke atas loyang. Bahagian permukaan perlu rata. Sekiranya permukaan tidak rata, kacau semula adunan sehingga mendapat kelembapan yang diperlukan.
Biarkan macaron yang telah "dipipe" 30-45 minit sebelum dibakar. Pada masa ini, permukaan atas macaron akan mengering dan mengeras.
Panaskan oven. Bakar selama 15 minit. Angkat. Biarkan sejuk sebelum dileraikan dari "baking paper".
Filling:
Nak senang saya beli je pes cokelat/nuttela.. sapu...
atau boleh buat chocolate ganache:
125g heavy cream
100g cokelat masakan
Panaskan krim. Kemudian tuang ke atas cokelat. Kacau hingga sebati. Biarkan sejuk/sehingga ia menjadi pekat. Boleh sapu pada macaron dan kapit dua.
No comments:
Post a Comment