Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Cekodok Holiks di kala sejuk

Dari pagi menunggu ketibaan mesin basuh baru. Pukul 2 baru sampai. Beli dari Tepod, USJ Mall. Konsep kedai ni, jual alat elektrik yang reject. Reject bukannya barang tu rosak, tapi sebab barang-barang elektrik tu ada "kecederaan" kecil seperti calar ke, kemik ke, itu aja. Barang memang brand new, bukan 2nd hand.Tapi harga ada potongan sebab dek "calar" atau "kemik" di mana-mana. Harga ikut gred, A, B C. Kalau yg A tu dia punya "kecederaan" sedikit sahaja. dan begitulah seterusnya. Paling-paling penjimatan RM100 lebih jugaklah untuk barang tu setelah dimasukkan kos penghantaran RM50.

Lepas upacara perasmian mesin basuh baru, tetiba anak-anak request nak makan cekodok bilis. Memang sepanjang cuti sekolah ni takde buat cekodok bilis. Alkisahnya pula, ikan bilis dah habis stok. Jadi buat sekodok holik jelah ya. Mentang-mentanglah stok holik tengah banyak. Resepi pakai resepi cekodok manis yang pemes sekejap aritu kat FB. Tapi arini tak bukak resepi, main campak-campak je, dan tak gentel seperti resepi asal. Bancuhan pekat-pekat macam buat cekodok bilis je dan jemput-jemput je dalam kuali tu.

Tepung
secubit dua baking soda
susu manis
holiks
air panas + air sejuk

Semuanya secukup rasa.

Siap goreng, cairkan cokelat. Boleh makan cekodok dengan cicah cokelat cair..


Monday, April 7, 2014

Rol Ayam


Rol Ayam

Inti

(didadu)
1 biji Bawang besar
2-3 ulas bawang putih
4-5 biji kentang
1 keping dada ayam
-------
7 sudu makan rempah kurma
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam/lada sulah
garam secukupnya
150g mix vege
1/2 kiub serbuk ikan bilis maggi

Cara-cara

tumis bawang putih dan bawang. masukkan dada ayam yang telah didadu. gorengkan sehingga ayam spara masak. masukkan bancuhan rempah kurma, serbuk jintan dan serbuk ikan bilis dengan sedikit air. gorengkan sebentar. masukkan kentang, dan air secukupnya. biar seketika. masukkan mix vege. biar sehingga kentang dan mix vege lembut. masukkan garam dan lada hitam secukupnya. angkat apabila inti agak2 kering (jangan terlampau kering).

sebuku roti gardenia.

wapkan roti seketika. gelekkan. masukkan inti. gulungkan dan gamkan. potong dua roti kalau mahu. buat sehingga inti habis.

panaskan minyak. pecahkan sebiji telur. celup roti tadi dalam telur dan gorengkan sehingga kekuningan.

boleh makan begitu sahaja/dengan sos.

** gam - bancuhan tepung dan air.
** roti yang telah dicelup dengan telur boleh juga digolekkan dengan serbuk roti dan kemudian goreng hingga kekuningan.
** boleh juga difrozenkan. frozenkan terus roti yang sudah siap digolek ke dalam bread crumb.
** kalau x nak bread crumb, boleh frozen terus roti selepas siap digulungkan. (celup telur sebelum digoreng)

Cheezy Patato Ball Ala KFC

Masa buat resepi ni memang tengah hot kat FB. Asal bukak jer, sana sini share resepi Cheezy Patato Ball. Al kisah sebenarnya, tak pernah pun rasa yang original dari KFC.. hehe. Resepi nampak senang dan bahan-bahan pun ada. Jadi kita DIY la resepi ni.



Cheezy Patato Ball..

(Resepi dari sumber internet yang dah diubah suai)

Bahan2:
500gm ubi kentang (rebus + garam & lenyek)
6-8 sudu besar tepung gandum
Lada hitam
Keju Mozarella
1 biji telur (dibancuh + garam)
Serbuk roti secukupnya

Cara2nya:
Campur kentang dan tepung gandum,gaul sebati.
Kemudian leperkan adunan dan masukkan keju.
Bulatkan. (Basahkan tangan untuk mengelakkan adunan melekat di tangan)
Celup dgn telur dan golekkan atas serbuk roti sampai adunan tertutup.
Goreng dgn api perlahan.


Komen: Anak-anak memang suka makanan bergoreng dan tambah lagi ada keju. Pada saya.. biasa-biasa je :D

Friday, September 20, 2013


Popia Goreng

1 biji Sengkuang (sederhana)
1 biji Lobak Merah
1 keping tauhu
1 biji telur
3 ulas bawang putih
Sos tiram
kiub ayam

Kulit popia secukupnya

Cara-cara membuatnya:

Panaskan sedikit minyak. Masukkan tauhu. Hancur-hancurkan tauhu di dalam kuali. goreng sehingga masak. Angkat.
Kemudian, masukkan telur yang telah dipukul dan dibubuh garam dan lada sulah sedikit. Kacau-kacau seperti buat telur hancur. Goreng hingga masak. Angkat dan boleh campurkan dengan tauhu.

Sengkuang dan lobak merah dihiris halus-halus sepeti batang mancis. Basuh dan toskan.
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih. Masukkan seidkit air, sos tiram, kiub ayam dan sedikit garam. Masukkan lobak. biarkan seketika. Kemudian masukkan sengkuang. Kaup balikkan. Angkat dan masukkan ke dalam penapis. Biar sejuk.

Kulit popia dibuka sehelai-sehelai. Gulungkan inti ke dalam kulit popia hingga habis. Kemudian bolehlah digoreng secara dip fry.