Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Bubur Som som


Best sangat bubur ni. Bila buat teringat arwah Bah saya, sebab dia suka makan bubur som-som. Dan orang yang selalu suka buat ialah arwah makcik "Mak Bada". Masa dulu-dulu saya tak suka makan. Memang tak pandang pun. Tapi dah "matang" ni, memang rindu sangat-sangat kat kuih-kuih melayu. Bila bab kuih Melayu ni macam berat jer kan nak buat. Sebab kebanyakannya bahan-bahan memang simple, tapi nak membuatnya remeh :D



Bubur Som-som

1 cawan tepung beras
2 cawan santan
1 cawan air
3/4 sudu garam
daun pandan

Satukan semuanya dan kacau sebati. Tapiskan. Kacau atas api sampai likat. Angkat dan letak dalam bekas.

Air gula

1 cawan gula merah
1/4 cawan gula pasir
1 cawan air

Jerang atas dapur sehingga gula larut.

Hidangkan bersama bubur som-som.

Thursday, July 11, 2013

2nd day iftar

Biasa menu mi bandung  akan menjadi hidangan berbuka puasa di hari pertama puasa. Tapi kali ni populariti mi bandung dah diambil alih oleh Nasi Arab. Tapi tak apala kan. Hari ni dapat makan mi bandung gak. Alhamdulillah. Side dish cekodok ikan bilis extra bawang. Pemanis mulut, agar2 laici semalam (cukup lagi tu untuk stok 3-4 hari) hehehe..

Mi Bandung

600gm mi kuning

1 keping dada ayam
5-6 ekor sotong
fish cake & fish ball
3-4 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
*sedikit udang kering (direndam dengan air panas)
2-3 senduk cili blender (ikut pedas)
3/4-1 cawan tomato sos
2 liter air
sawi
3-4 biji telur
gula
garam
3-4 sudu besar tepung gandum bancuh dengan air(pemekat)

  

Cekodok bilis

400gm tepung
secubit bikarbonat soda
segenggam ikan bilis ditumbuk kasar2
2 biji sederhana bawang besar hiris nipis2
garam secukup rasa
sedikit kunyit

Bancuhkan dengan air secukupnya. Gaul rata. dan goreng.


1st day Ramadhan...

Salam Ramadhan semua. Maaf atas segala kesilapan, keterlanjuran dan kesilapan dalam berblog. And maaf jika gambar2 makanan ni buat korang terganggu...

1st day puasa, nasi arab menjadi pilihan sekeluarga. Tapi nasi arab ni ikut my style, suka short cut kan. Untuk pemanis mulut, buah melaka menjadi pojaan hati si abang. Mamanya buat xtra aga2 laici, sbb mamanya peminat tegar agar2/puding.



Nasi Arab (my style)

Bahagian A
8 keping ayam
2 biji bawang dikisar
2 sudu teh rempah nasi mandy (beli di kedai2 arab)
Air secukupnya

Rebuskan bahagian A sehingga ayam separa masak.

Bahagian B
3 1/2 cawan nasi
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar
4 sekawan
2 1/2 sudu kfc garam
air rebusan ayam (Bahagian A) yang telah ditapis

(Masak nasi dalam rice cooker aje)
Basuh beras sehingga bersih. Masukkan air rebusan ayam secukupnya (sukatan air seperti masak nasi putih) dan garam. Gaul rata. On kan rice cooker.

Hiris nipis2 bawang besar. 


Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi. Setelah panas, tumiskan masukkan bawang yang telah dihiris dengan 4 sekawan. Goreng hingga kekuningan. Masukkan ke dalam periuk nasi, kacau bagi rata. Tutup periuk nasi.

Bahagian C
Ayam yang sudah direbus
1 biji bawang dikisar
2 sudu teh rempah nasi mandy

Ayam yang diangkat tadi, diperapkan dengan bawang blend dan rempah nasi mandy. Perap sekurang2nya 30minit. Panaskan ketuhar 200C. Bakar ayam hingga kekuning2an.

Bahagian D
1 biji timun
1 biji tomato
2 biji bawang merah
3 biji cili padi
jus limau nipis
gula n garam secukup rasa


Timun dibuang tengah dan dipotong kiub. Tomato dipotong kiub. Bawang dan cili dimayang halus. Satukan semuanya dan gaul dengan jus limau nipis, gula dan garam secukup rasa.




Buah Melaka

2 cawan tepung pulut
Air secukupnya
setitik dua pewarna hijau
esen pandan
(kalau rajin blend daun pandan dan tapis.. ambil jusnya)

Uli semunya sehingga adunan lembut dan tak melekat di tangan.

Gula melaka di potong kiub secukupnya. Kelapa parut.

Panaskan air dalam periuk. Tunggu hingga mendidih. Ambil sedikit adunan tepung sebesar guli, leper2kan dan masukkan gula melaka. Bulat2kan. Masukkan dalam air yang telah mendidih tadi. Ulangi proses tadi. Dalam beberapa minit buah melaka akan timbul menandakan ia dah masak. Bolehlah angkat gunakan penapis. toskan airnya sebentar. Golekkan ke dalam kelapa parut yang telah diletakkan sedikit garam.


Quote si adik: "Kenapa ya tiba2 Hazeeq suka makan. Selalu Hazeeq tak suka.." Quote yang tak boleh tahan. So sapa buat quote pelik2 ni alamat kena "perli" la sepanjang malam ya.

Ni pulak my fav ya... sejuk n nyaman je....



Puding Laici

Bahan:-
17g agar2
1tin laici (asingkan air dan buah. siat2kan sikit buah laici)
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu esen vanilla
1/2 cawan gula pasir
4 cawan air

Cara2:-
1.Masukkan agar2 dgn 3 cwn air bersama gula,masak hingga mendidih.
2. Sementara itu pukul telur hingga bersatu,campurkan dgn susu pekat dgn satu cwn air brsama esen vanila. Tapiskan.
3. Apabila agar2 mendidih,masukkan buah laici dan airnya sekali. Biar mendidih seketika kemudian masuk cmpuran susu dan telur ke dlmnya.
4.Biarkan mendidih seketika,kemudian bolehlah diangkat dan disejukkan.
5. Setelah disejukkan,masukkan ke dlm peti ais.

Sunday, September 2, 2012

Kuih Bakar


Kuih Bakar

3 biji telur
1/2 cawan gula
2 cawan santan

1/2 cawan air/jus pandan
3/4 cawan tepung
2 sudu besar mentega
1/4 sudu teh garam

Blender kesemuanya. Panaskan acuan. Masukkan sedikit mentega. Rata2kan. Tuang adunan. Bakar sehingga masak.

Friday, March 18, 2011

Apam

Masa zaman sekolah dulu inilah kerja sampingan. Bila ada pengumuman esok breakfast apam atau esok nak buat kuih lompang/kusui, ha... bermulalah kerja aku.. mengisar beras menggunakan batu pengisar. Memang tradisional habis. Tak pakai pengisar letrik a.k.a blender... memang ori beras dibasuh dan direndam.. kemudian akan dikisar dengan batu pengisar. Nak mengisar beras ni pun bukan boleh sebarangan. Kalau kisar laju-laju, hasil kisaran akan menjdai kasar. Kena kisar pada kelajuan sederhana sahaja. Kisar sekali dengan "ibu apam" (nasi semalam di gaul dengan ragi). Kalau ragi kurang elok, maka kurangla menjadinya apam tu. Lepas kisar, kisaran ditapis pula menggunakan penapis kain. Kemudian dicampurkan dengan air gula dan akan diperap semalaman. Awal-awal pagi kukus la adunan apam..

Tetapi zaman sekarang dah senang. Semua dah dipermodenkan. Tak perlu lagi pakai beras yang dikisar... dah diganti dengan tepung beras aje. Tak perlu lagi pakai ragi, cukup sekadar pakai yis mauripan.. dan tak perlu lagi kisar pakai batu pengisar... boleh tekan "blender" je...



Apam
Resepi Asal: Zana

1 cwn nasi
2 cwn tepung beras
1 cwn gula putih
1 1/4 cwn air
3 gm yis
4.3 gm eno (sepeket kecil rm0.70)

Blend nasi dengan air hingga halus then add sugar, tepung dan yis. Blend hingga sebati. Masuk dlm bekas dan tutup rapat. Perap selama more than 4 hours (semlm perap 5 jam). Selepas tu kacau perlahan dan masukan pewarna jika mau then masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan dan biar another 5 minit. Panaskan kukusan. Masukan dlm cawan2 kecil dan kukus selama 15 minit. emmm sedap dimakan dengan kelapa parut.


*** saya pakai sepeket eno 4.3gm untuk 2 bancuhan di atas

***untuk tujuan frozen, apabila sejuk bekukan di dalam freezer. Setelah beku barulah di "packing".
Untuk menghidangkannya, nyah bekukan apam, kemudian dikukus semula seketika. Insyaallah apam akan lembut kembali.