Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Ayam Masak Paprik Sos Kicap Cili Padi Melaka

Kalau orang belah Selatan mesti biasa makan pisang goreng cicah kicap cili api. First time, tengok orang makan pisang goreng cicah kicap masa sekolah dulu. Schoolmate asal dari Johor selalu dok tayang cara-cara makan pisang goreng. Sedap katanya. Tapi saya tak pernah cuba pulak. Masa dulu, memang tak suka cuba sesuatu yang lain dari yang lain. 

Dan bila dah berhijrah ni, macam-macamlah yang dicubakan. Memang sedap pun makan goreng pisang cicah kicap cili api. Tu pun kesempatan makan ngan kicap tu pun jika terbeli di gerai yang ada sediakan kicapnya (kalau dulu-dulu depan Tesco Ekstra (besar) Shah Alam ada).






Dan yang paling bestnya, kicap ni sekarang dah ada yang dalam botol. Dan percaya atau tidak kicap ni boleh dijadikan bahan untuk masakan. Caya tak? Cubalah!




Ayam Paprik (menggunakan SOS KICAP CILI PADI)

3-4 keping ayam di potong kecil
1 biji bawang besar (dihiris)
3-4 sudu besar Cili kisar
3-4 sudu besar Sos Tiram
3-4 sudu besar SOS KICAP CILI PADI
sedikit kicap pekat
1 atau 1 1/2 cawan air
cili padi (jika mahu)
daun limau purut (jika mahu)

Tumis bawang besar. Masukkan ayam. goreng seketika. Masukkan cili kisar. Biarkan cili garing sekejap. Masukkan sos tiram, sos kicap cili pasi dan sedikit kicap pekat. Masukkan air. Masukkan cili padi dan daun limau purut. Biarkan sehingga kuah sedikit pekat. Angkat dan hidangkan.

Friday, September 20, 2013

Kebab Ayam


Nasi Kebab
Bahan A
3 keping dada ayam
5 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan madu
1-2 sudu teh oregano
garam dan lada hitam

Bahan B
bawang besar kulit kuning belah 6
cendawan tin / cendawan shitake
lada benggala dibelah ~ 1″x1″ lidi secukupnya
Cara-cara
Dada ayam dipotong dadu.
Perapkan bersama bahan A selama 2-3 jam.
Dada ayam yang sudah diperap tadi dicucuk berselang seli dengan bawang besar, cendawan dan lada benggala. Bakar hingga masak.

Friday, August 30, 2013

Nasi Tomato Sempoi

Nasi tomato yang sangat sempoi. Pakai periuk nasi tu jer dan tak perlu pakai susu cair.. hehehe. Kerja campak-campak ikut suka ni memang Ai suka sangat-sangat.



Nasi Tomato sempoi version

Nasi: (masak dalam rice cooker)

3 cawan nasi
Air
1 biji bawang besar
4 sekawan
Minyak sapi/minyak
Kiub Ayam Maggi
1/2 cawan sos tomato/tomato puree
garam
daun pandan

Basuh nasi. Letakkan sukatan air sama seperti masak nasi biasa. Masukkan garam, sos tomato dan kiub maggi yang dihancurkan serta daun pandan. Bawang besar dimayang halus. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan 4 sekawan. Tumis sampai kekuningan. Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi tadi. Masakkan guna rice cooker seperti masak nasi biasa.

Ayam masak merah sempoi

1/2 ekor ayam
3 biji bawang besar
halia
bawang putih
2 sudu besar cili kisar
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
garam
gula


Ayam dibersihkan digoreng spara masak. Bawang besar, halia dan bawang putih dikisar. Panaskan minyak. Tumiskan bawang yang dikisar sehingga garing. Masukkan air secukupnya, sos tomato dan sos cili. Masukkan garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih. Masukkan ayam. Biar sehingga kuah agak pekat. Angkat dan hidangkan.

Chicken Chop - Siran Tergendala

Baru nak berusaha mengupdate koleksi-koleksi resepi masa Ramadhan. Adoi.. bulan Syawal pun dah nak habis, baru nak update yang Ramadhan punya.. well.. better late than never.. ehehe



Chicken Chop

4 keping boneless chicken breast/ part yg dipakai utk buat chicken chop tu

bahan perapan:

1 labu bawang putih ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
7-8 sudu besar sos tomato
sedikit garam
lada hitam

Perapkan ayam dengan bahan perapan.

** Perap lagi lama lagi sedap. Yang ni saya perap 4 jam.

1 biji telur
serbuk roti secukupnya

Panaskan minyak.

Ambil 1 keping ayam dicelup dalam telur. Kemudian di
salut dengan serbuk roti. Gorengkan sehingga kekuningan.

Monday, June 11, 2012

Western lagi

Dinner semalam, Western jugak. Kebetulan, teringin nak masak ni, dan kebetulan petangnya boleh pulak makan pasta tu hehe.

Ayam Black pepper dengan side: patato jacket & jagung


Bahan-bahan untuk ayam black pepper

4 dada ayam
1/2 bungkus serbuk masak lada hitam maggi (yg dalam paket tu)
1 biji bawang besar (dadukan)
air secukupnya
serbuk lada hitam kasar

Dada ayam dibersihkan. Tumiskan bawang sehingga 1/2 layu. Masukkan serbuk lada hitam MAGGI. Kacau sekejap. Masukkan sedikit air. Masukkan ayam. Masukkan serbuk lada hitam kasar. Balik-balikkan. Biar hingga masak 15-20minit. Setelah masak angkat. Lebihan sos biarkan dalam kuali.

Sos

Lebihan sos masak ayam tadi
Cendawan
susu
garam
kicap masin

Panaskan lebihan sos tadi. Masukkan cendawan. Layukan. Masukkan susu secukupnya, garam dan kicap. Biarkan mendidih. Boleh Angkat.


Patato Jacket

4 biji kentang Russet
keju
Mustard/tomato/mayonise

Basuh kentang. Rebus sehingga 1/2 masak dengan garam secukupnya. Angkat. Belah sedikit ditengahnya jangan sampai putus, sedikit sahaja. Bubuh mustard (pada yang suka) kalau tak boleh bubuh sos cili/tomato/mayonise. Taburkan keju. Bungkus dengan aluminium foil. Bakar dalam oven selama 10-15 minit.

Jagung

Rebus dalam air yang telah diletak garam. Bila sudah empuk, angkat. Sapukan mentega.

Selamat Mencuba!

Tuesday, April 10, 2012

Ayam Panggang a.k.a Roasted Chicken


Dah lama berangan hendak panggang ayam seekor untuk santapan keluarga, baru kini tercapai :). Bila dah buat, tak adalah susah sangat.

Bahan-bahan:-

1 ekor ayam sederhana besar dibersihkan dalam dan luar.

A
3 sudu mentega/marjerin
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu teh oregano

B
130g yogurt
5 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu teh oregano
2 sudu besar madu
3 sudu besar cili kisar

C
minyak zaitun
garam
lada hitam

D
lemon (dibelah 2)

Cara-cara:-

1. Gaulkan A. Masukkan bahan A di bawah kulit ayam, urut-urut untuk meratakannya.

2. Perahkan 1/2 lemon ke atas ayam dan ratakan.

3. Lumurkan bahan C pada ayam.

4. Satukan bahan B. Kemudian lumurkan pada ayam (luar dan dalam).

5. Perap ayam (paling min 2 jam).

6. Masukkan 1/2 biji lemon ke dalam ayam.

7. Panaskan ketuhar pada suhu 200 selama 10 minit. Masukkan ayam dan perapan ke dalam loyang. Balikkan ayam selepas 30 minit. Turunkan suhu ketuhar ke 180. Bakar lagi 30-40 minit. Setelah kekuningan/masak, bolehlah angkat. Keluarkan ayam dari loyang.

Membuat sos:-

Panaskan loyang yang mengandungi sisa-sisa perapan ayam yang telah dibakar tadi di atas dapur. Masukkan 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga rata. Masukkan air secukupnya. Masukkan garam dan sos tiram secukup rasa. Biar mendidih, dan angkat.


Focaccia garlic bread

5 sudu besar mentega/marjerin
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu teh oregano

Gaulkan kesemua bahan. 3 buku roti focaccia dibelah dua. Sapukan mentega yang telah digaul herba pada roti. Bakar sekejap dalam ketuhar.


Thursday, January 19, 2012

Chicken Snitzel


Bahan-bahan:

4 keping dada ayam (boneless) potong butterfly
lada hitam
garam

1 biji telur

Tepung goreng KFC secukupnya

Cara Membuat:

Dada ayam dipotong butterfly. Diperap dengan lada hitam dan garam. Panaskan minyak secukupnya. Celupkan dada ayam ke dalam telur. Kemudian celup ke dalam tepung. Goreng sehingga kekuningan atau masak. Angkat.

Side:

4 biji kentang dikupas kulit dan dipotong sederhana besar. Rebus sehingga lembut. Angkat. Bubuh sedikit minyak zaitun, garam, lada hitam, daun parsley. Gaul.

Bake beans: Tumiskan sedikit bawang. Masukkan bake beans dan sedikit air serta garam secukup rasa. Bila sudah mendidih boleh angkat.

Sos Lada Hitam:

Tumis bawang. Masukkan 1/2 paket Maggi Black Pepper. Masukkan susu. Biar mendidih dan sedikit pekat. Masukkan kicap pekat & sos tiram.

Wednesday, October 26, 2011

Rendang Ayam

Rendang ayam ala minang? Tapi dah buat ala-ala shortcut :). Senang je macam masak gulai je, cuma ada extra bab bahan-bahannya je.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
400-500gm santan
2 keping asam gelugor
2 sudu penuh kerisik (membukit)

Bahan untuk ditumbuk/mesin kisar:

4 batang serai
1.5" halia
2" lengkuas
2 biji buah keras

Bahan untuk dihiris:

1 mangkuk sederhana bawang merah kecil
1 labu bawang putih

Cara-cara:

Masukkan ayam, bahan-bahan dikisar, bawang, asam gelugor dan santan ke dalam kuali panas. Sesekali balik-balikkan sehingga ayam masak/kuah pekat. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Masak sehingga kepekatan yang anda mahu.

Tuesday, September 20, 2011

Sate Goreng

Resepi sate ni resepi "family". Tiap kali raya inilah hidangan pada raya pertama. Memang tak pernah miss. Gerenti ada. Cuma bila dah jadi orang Selangor a.k.a. minang segera, menu raya dah bertukar jadi lemang dan rendang minang (bukan negeri punya ya). Tapi raya tahun ni, kita merajinkan diri membuatnya. :)



Bahan-bahan:

2kg isi ayam potong sederhana nipis
1-1.5 cawan gula

Gaul dan perap semalaman.

Bahan Kisar

3 -4 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
3 batang serai
1" halia
sedikit lengkuas
kunyit
6-8 sudu besar serbuk ketumbar
6-8 sudu besar serbuk jintan manis
3 sudu besar jintan putih
garam secukupnya

Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam perapan daging bersama gula. Perap lagi.

Lagi lama lagi sedap. Simpan dalam peti sejuk untuk setengah hari. Kemudian dingin bekukan(frozen).

Cara Memasak:

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan sate. Goreng sehingga sate nampak kekuningan. Angkat dan hidangkan bersama nasi impit dan kuah kacang.

Ayam Goreng Berempah


Bahan-bahan:

1 - 1.5 ekor ayam

Ketumbar ditumbuk kasar
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk Kari

Bahan kisar:

2 biji bawang besar
1 inci halia
2 batang serai

Ayam dibasuh bersih. Masukkan semua bahan. Perap semalaman (sekurang-kurangnya 2-3 jam).

Goreng hingga masak/kekuningan.

** Untuk salut tepung sedikit:

1 biji telur
1 cawan tepung gandum
3-4 sudu besar tepung jagung

Pecahkan telur sebiji. Pukul sedikit. Masukkan ke dalam ayam. Masukkan tepung dan gaul rata. Kemudian bolehlah digoreng hingga masak.

Tuesday, March 8, 2011

Ayam 3 Rasa




Ayam 3Rasa

7 keping ayam
kunyit
garam

Bahan didadu:

2 biji bawang besar
1 batang lobak
1 batang jagung muda
1 biji tomato
5 biji cili api

1 senduk sos tomato
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
garam
gula

Cara-cara:

Ayam dilumur kunyit dan garam dan digoreng.

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang tetapi jangan sampai layu. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing. Masukkan pula sos tomato, sos cili, dan 1-2 cawan air. Masukkan lobak dan jagung muda. Biar hingga mendidih. Masukkan ayam, cili api, gula dan garam. Akhir sekali masukkan tomato buah dan padamkan api. Angkat dan hidangkan.

Crispy Fried Chicken


Ayam Goreng Rangup

8 ketul ayam

Bahan pemerap:

5-6 ulas bawang putih dan halia ditumbuk
Serbuk kari
Sos tiram
Madu
garam

Gaulkan bahan pemerap bersama ayam. Perap selama 1 jam.

telur
Serbuk roti

Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul sedikit. Ambil seketul ayam, dan celupkan ke dalam telur. Kemudian, salutkan dengan serbuk roti.

Kemudian bolehlah digoreng ayam sehingga kekuningan.

Ayam BBQ


Ayam BBQ

1 ekor Ayam potong 12

Bahan pemerap:

1 labu bawang putih dicincang
Sos Mustard
Sos Tiram
Sos Tomato
Madu
Oregano

Cara-cara:

Gaul semua bahan pemerap dengan ayam. Perap sekurang-kurangnya 2 jam.
Panaskan ketujar.
Griskan loyang dengan minyak zaitun. Masukkan ayam dan bakar.
Balik-balikkan ayam. Angkat bila ayam kekuningan.