Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Steamboat

Tak tahu nak masak apa, makan steamboat pun sedapkan. Favorite seisi keluarga.

 

Resepi:

Bahan-bahan untuk sup:

1 labu bawang putih
1 genggam ikan bilis
1.5 - 2 liter air

Bahan Lain:

1 paket set steamboat brand FIGO
3 paket fishball (ikut suka nak tambah apa, fish cake ke tauhu ke)
1 paket mi kering (saya pakai jenama Vits)

Cara-cara

Bawang putih ditumbuk kasar. Dalam periuk panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih. Setelah kekuningan masukkan air. Kemudian masukkanikan bilis yang telah dibasuh. Rebus sehingga 30 minit. Lagi lama lagi sedap!!!

Sup yang siap direbus, tapiskan. Kemudian rebuskan balik. Masukkan set steamboat dan fishball. Biar sehingga mendidih dalam 10 minit. Kemudian bolehlah diangkat.

Rebuskan mi kering sehingga lembut. Angkat dan toskan. Boleh dihidang dengan Sup steamboat. Sedia untuk dinikmati.



Wednesday, March 9, 2011

Sotong Kicap Sempoi

Sotong Kicap

300gm sotong dibersihkan

2 ulas bawang putih dicincang
beberapa hiris halia

1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dipotong serong
2 sudu kicap pekat
kicap manis/kicap masin
air secukupnya

Tumis bawang putih dan halia. Masukkan air dan kicap. Biar mendidih. Masukkan sotong. Tunggu hingga lembut. Masukkan bawang besar dan cili. Biarkan bawang lembut seketika. Angkat dan hidangkan.

** Ada 2 cara untuk masak sotong:
1) seperti di atas
2) selepas air mendidih, masukkan sotong, bawang, dan cili. Kacau seketika dan padamkan api

Sotong perlu dimasak sekejap atau lama sebab selepas beberapa ketika ia akan jadi liat. Bila sotong jadi liat, jangan panik, biarkan ia dalam kuali sehingga ia lembut kembali.

Tuesday, March 8, 2011

Kari Ketam


Kari Ketam

4 ekor ketam dibersihkan
1 kotak kecil santan
Air asam jawa
garam
gula

Bahan-bahan untuk dikisar:

2 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
7 sudu besar rempah kari ikan
belacan

Cara-cara Membuat:

Panaskan minyak. Tumiskan baha-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan sedikit air dan biar sehingga pecah minyak. Masukkan santan, air secukupnya, dan air asam jawa. Biarkan mendidih. Masukkan ketam. Biar hingga ketam masak. Angkat dan hidangkan.