Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

1st day Ramadhan...

Salam Ramadhan semua. Maaf atas segala kesilapan, keterlanjuran dan kesilapan dalam berblog. And maaf jika gambar2 makanan ni buat korang terganggu...

1st day puasa, nasi arab menjadi pilihan sekeluarga. Tapi nasi arab ni ikut my style, suka short cut kan. Untuk pemanis mulut, buah melaka menjadi pojaan hati si abang. Mamanya buat xtra aga2 laici, sbb mamanya peminat tegar agar2/puding.



Nasi Arab (my style)

Bahagian A
8 keping ayam
2 biji bawang dikisar
2 sudu teh rempah nasi mandy (beli di kedai2 arab)
Air secukupnya

Rebuskan bahagian A sehingga ayam separa masak.

Bahagian B
3 1/2 cawan nasi
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar
4 sekawan
2 1/2 sudu kfc garam
air rebusan ayam (Bahagian A) yang telah ditapis

(Masak nasi dalam rice cooker aje)
Basuh beras sehingga bersih. Masukkan air rebusan ayam secukupnya (sukatan air seperti masak nasi putih) dan garam. Gaul rata. On kan rice cooker.

Hiris nipis2 bawang besar. 


Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi. Setelah panas, tumiskan masukkan bawang yang telah dihiris dengan 4 sekawan. Goreng hingga kekuningan. Masukkan ke dalam periuk nasi, kacau bagi rata. Tutup periuk nasi.

Bahagian C
Ayam yang sudah direbus
1 biji bawang dikisar
2 sudu teh rempah nasi mandy

Ayam yang diangkat tadi, diperapkan dengan bawang blend dan rempah nasi mandy. Perap sekurang2nya 30minit. Panaskan ketuhar 200C. Bakar ayam hingga kekuning2an.

Bahagian D
1 biji timun
1 biji tomato
2 biji bawang merah
3 biji cili padi
jus limau nipis
gula n garam secukup rasa


Timun dibuang tengah dan dipotong kiub. Tomato dipotong kiub. Bawang dan cili dimayang halus. Satukan semuanya dan gaul dengan jus limau nipis, gula dan garam secukup rasa.




Buah Melaka

2 cawan tepung pulut
Air secukupnya
setitik dua pewarna hijau
esen pandan
(kalau rajin blend daun pandan dan tapis.. ambil jusnya)

Uli semunya sehingga adunan lembut dan tak melekat di tangan.

Gula melaka di potong kiub secukupnya. Kelapa parut.

Panaskan air dalam periuk. Tunggu hingga mendidih. Ambil sedikit adunan tepung sebesar guli, leper2kan dan masukkan gula melaka. Bulat2kan. Masukkan dalam air yang telah mendidih tadi. Ulangi proses tadi. Dalam beberapa minit buah melaka akan timbul menandakan ia dah masak. Bolehlah angkat gunakan penapis. toskan airnya sebentar. Golekkan ke dalam kelapa parut yang telah diletakkan sedikit garam.


Quote si adik: "Kenapa ya tiba2 Hazeeq suka makan. Selalu Hazeeq tak suka.." Quote yang tak boleh tahan. So sapa buat quote pelik2 ni alamat kena "perli" la sepanjang malam ya.

Ni pulak my fav ya... sejuk n nyaman je....



Puding Laici

Bahan:-
17g agar2
1tin laici (asingkan air dan buah. siat2kan sikit buah laici)
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu esen vanilla
1/2 cawan gula pasir
4 cawan air

Cara2:-
1.Masukkan agar2 dgn 3 cwn air bersama gula,masak hingga mendidih.
2. Sementara itu pukul telur hingga bersatu,campurkan dgn susu pekat dgn satu cwn air brsama esen vanila. Tapiskan.
3. Apabila agar2 mendidih,masukkan buah laici dan airnya sekali. Biar mendidih seketika kemudian masuk cmpuran susu dan telur ke dlmnya.
4.Biarkan mendidih seketika,kemudian bolehlah diangkat dan disejukkan.
5. Setelah disejukkan,masukkan ke dlm peti ais.

Wednesday, July 25, 2012

Agar-agar Santan

First time cuba masak agar-agar menggunakan serbuk agar-agar. Cukup best... Cepat dan ringkas. Dalam masa 1/2 jam dah siap.. tak tipu punya.




A

5gm serbuk agar-agar
500ml air
1/2 cawan gula
sedikit pewarna hijau
sedikit esen pandan/esen vanilla/ daun pandan

B

1 1/2 cawan santan
1 biji telur

Masak A hingga mendidih. Pukul telur dan kemudian campurkan santan ke dalamnya. Apabila agar-agar sudah mendidih, masukkan adunan telur/santan. Biarkan menggelegak seketika. Angkat dan tuangkan ke dalam loyang/bekas mikrowave 7"x7". Sejukkan.

Thursday, January 19, 2012

Caramel Lagi


My favourite!!!! Resepi tengok kat SINI ok!! Yang ni pakai bekas mikrowave segiempat sama. Selamat Mencuba!!!

Wednesday, September 21, 2011

Puding Karamel



Bahan untuk karamel:

2 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air panas

Panaskan gula hingga hancur dan kekuningan. Masukkan air panas. Biar sehingga gula hancur.



Bahan untuk puding:

12 biji telur (B)
1 tin susu cair
3 cawan air
3/4 cawan gula (ikut manis yang anda mahu)
1 cawan susu pekat

Kisar semua bahan.

Panaskan pengukus (gunakan api sederhana besar). Dalam acuan, masukkan karamel. Kemudian tuangkan adunan puding ke atasnya. Kukus dalam 20 minit atau sehingga masak.