Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Bruschetta

Kali ni buat bruschetta dengan cendawan + tomato + cheese. Sebelum ni pakai tomato + mayo je pun dah cukup sedap. Yang ni pakai mushroom lagi dabommm!



Bruschetta

1 roti french loaf
1/2 paket cendawan shitake (fresh)
1 ulas bawang putih
garam/lada hitam
2 biji tomato
cheese mozarella / slice pun boleh
marjerin

Bawang putih di cincang. Hiris cendawan. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih. Kemudian masukkan cendawan. Kacau-kacau. Masukkan garam dan lada hitam. Biarkan sampai layu. Angkat.

Tomato di potong dadu.

Roti di potong serong dalam 1 jari tebal. Sapukan marjerin. Letakkan cendawan dan tomato di atas roti. Kemudian letakkan keju. Bakar dalam oven beberapa minit sampai keju cair & roti rangup. Angkat dan hidangkan.

Puff Daging Berkeju

Hidangan kali ini sangat ringkas dan senang dibuat. Actually inti tu boleh dipelbagaikan mengikut citarasa you all. Sangat lazat dan berkhasiat. Mesti cuba kay!

 


Puff Daging berkeju

Inti daging

400gm daging cincang Ramly
1 biji bawang besar Holland
2 ulas bawang putih
1 cawan sos tomato
1 sudu teh oregano
garam dan gula secukup rasa
Air

Bawang putih dicincang halus. Bawang besar dipotong dadu. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila sudah kekuningan masukkan daging. Gorengkan sedikit. Kemudian masukkan sos tomato, oregano. garam, gula dan air. Biarkan sehingga daging lembut dan masak hingga kering. Setelah kering angkat dan sejukkan.

1 pek puff pastry Kawanku
keju Mozarella
telur kuning

Ambil 1 lapis puff pastry. Masukkan inti daging. Taburkan keju secukup rasa. sapukan sedikit telur keliling kulit puff tapi jangan terlalu banyak. Lipat dua dan lekatkan tepi puff. Kemudian tekankan dengan garfu disekeliling puff. Ulangi proses tadi.

Akhir sekali sapukan telur di atas puff. Bakar di dalam oven dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga puff kekuning2an.

Tuesday, January 1, 2013

Roti John

Selamat tahun baru 2013. Satu tahun lagi berlalu. Semoga tahun 2013 akan menjadikan kita orang yang lebih baik dari tahun lepas. Amin. Antara azam tahun ini, akan lebih rajin untuk update personal blog yang dah lama usang. 

Jadi sebagai pembuka tirai 2013, saya update blog dengan menu makan malam ni, Roti John. Asalnya terlihat update status rakan FB. Dek kerana dah lama tak buat roti john ni, dan memandangan semua bahan-bahan ada, jadi, makan malam sekeluarga malam ni adalah roti john dengan extra telur dan daging.

  

Resepi:

Bahan-bahan untuk inti

200gm daging cincang Ramly
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam
garam secukup rasa
3/4 - 1 cawan air

Bahan-bahan untuk membuat roti john

1 batang Roti baguette
8 biji telur
inti daging

Cara-cara membuat:

1. Hiris bawang besar. Panaskan minyak. Tumiskan bawang sehingga kekuningan. Masukkan daging cincang. Lerai-leraikan daging (jangan biar berketul besar-besar). Kaup balikkan. Masukkan soso tiram, lada hitam dan garam. Masukkan air. Biar sehingga daging lembut/ kering air. Setelah lembut/kering air, bolehlah diangkat. Bahagikan kepada 4 bahagian.

2. Roti baguette di potong 4. Kemudian setiapnya dibelah tengah tapi jangan sampai putus. 

3. Pukul 2 biji telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan lada hitam. Masukkan daging.  Kacau rata. Panaskan kuali non stick. Bubuh sedikit minyak (1/2 sudu teh). Masukkan bancuhan telur dalam kuali. Biarkan sebentar. Tekapkan roti tadi ke atas telur. Goreng sehingga masak. Setelah masak bolehlah diangkat.

4. Jika suka, boleh di letakkan coleslaw/cili sos/mayonise ke atasnya.


Selamat mencuba.


Wednesday, July 25, 2012

Roti Sardin Telur

Sedap untuk kudapan, sesuai di waktu berbuka puasa/sarapan/minum petang. Mudah dan ringkas.




1/2 tin sardin (ambil isi sahaja)
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji cili merah dipotong kecil
1/2 sudu besar chilli flakes
1 sudu kecil perahan limau

Gaulkan semuanya.

Buat ala-ala roti sandwich. Boleh taburkan keju sebelum dilapikkan. Dapat 4 set. Potong kepada 4 bahagian.

Panaskan minyak. Pukul 3 biji telur. Masukkan garam & lada hitam secukupnya. Celupkan roti ke dalam telur. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Tuesday, June 12, 2012

Cheezy Toast

Buat untuk makan petang ni. Tengah mood rajin? Tak jugak. Simple je buat ni. Anak-anak sekolah rendah pun boleh buat :D



Cheezy Toast

French bread potong serong-serong
Tabur minyak zaitun
Tabur cili sos - chilli flakes - oregano
Tabur cheese (mozarella/cheddar)
Bakar 5 min

Hidangkan panas-panas. Tak sampai 5 minit habis

Monday, May 9, 2011

Sandwich Chicken Ball

Dinner semalam, Sandwich Chicken Ball.


Bahan-bahan Chicken Ball

400gm ayam minced Ramly
3-4 keping cendawan shitake (fresh)
1/2 biji bawang didadu halus
sos lea & perins
lada hitam
garam
1 biji telur kuning

Gaulkan kesemuanya di dalam bekas. Bulat-bulatkan ikut besar mana yang suka. Golekkan ke dalam serbuk roti. Gorengkan sehingga kekuningan.

Boleh makan begitu saja. Atau bubuh dalam roti macam sandwich :)

Friday, April 22, 2011

Burger


Homemade Burger (inspired by Rachel Ray Show)

400gm daging cincang
1 biji bawang dikiub
1/2 cawan serbuk roti
4 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji telur
lea & perins
sos tiram
lada hitam
paprika
garam

Cara Membuat

Gaulkan semuanya di dalam bekas sehingga sebati. Bulat-bulatkan. Goreng hingga masak.

Coleslaw

kobis
lobak merah
mayonise
1-2 sudu teh jus lemon

Kobis dan lobat diparut/dipotong halus. Basuh dan toskan. Gaulkan mayonise dan jus lemon secukupnya. Simpan dalam peti. Keluarkan apabila hendak dihidangkan.


*** sukatan agak-agak secukup rasa :) sebab saya suka masak campak-campak..

Saturday, March 19, 2011

Instant Paratha Berinti



Instant Paratha Berinti

1 paket instant paratha jenama "Kawanku"

300-400gm daging dihiris nipis & panjang-panjang (saya guna "Australian Beef")
3-4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
lada hitam
garam
1 biji bawang besar dihiris

Salad/kobis (dipotong halus)
tomato (dadu)

Perap daging bersama sos tiram, sos tomato, lada hitam dan garam sekurang-kurangnya 30 minit.

Panas non stick pan. Bubuh 1 sudu besar minyak. Tumis bawang hingga layu. Masukkan daging. Goreng seketika. Masukkan air sedikit. Biar sehingga masak/air sudah sejat. Angkat.

Cara-cara Penyediaan

Amik sekeping roti paratha. Bubuh salad/kobis dan tomato. Masukkan daging. Sapukan sedikit air di keliling roti. lipat dua (macam ala-ala karipap). Amik garfu dan tekan keliling roti sehingga bercantum. Sapukan sedikit marjerin di atas roti. Bakar sehingga kekuningan.

***untuk inti boleh juga kalau hendak perapkan dengan Rempah Blackpepper Maggi

Thursday, March 10, 2011

Chicken Wrap



Tortilla
Source: All Recipes

Ingredients
  • 2 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon salt
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1 tablespoon shortening
  • 1/2 cup water
Directions
  1. In a large mixing bowl, combine together flour, salt and baking powder. Cut in shortening until mixture resembles coarse cornmeal.
  2. Add the water and mix until the dough can be gathered together. If necessary, add more water (1 teaspoon at a time) until the dough comes together. Cover the dough with a damp cloth and let rest for 15 minutes.
  3. Divide the dough into 12 equal pieces and roll into rounds. On a lightly floured surface, use a rolling pin to flatten and stretch each round into a circle 7 inches across.
  4. Cook on an ungreased skillet over medium high heat until brown spots begin to appear on the tortillas. Keep covered with a clean, dry towel until ready to serve.
** untuk doh di atas saya dapat 10 keping sahaja.

Inti

2 keping dada ayam

Bahan pemerap

2-3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar mustard
1 sudu kecil serbuk kurma (optional)
lada hitam
garam

Gaulkan bahan pemerap pada ayam. Perap paling kurang 30 minit. Kemudian bakar hingga kekuningan. Kemudian carik-carikkan ayam.

Coleslaw

Kobis secukupnya
1 biji tomato
mayonise secukupnya
1 sudu teh mustard

Kobis di hiris halus. Tomato di potong dadu. Satukan ke dalam mangkuk. Gaulkan dengan mayonise dan perahan limau.

Cara Menyediakannya

Ambil sekeping tortilla. Bubuh ayam, kemudian coleslaw.Gulungkan. (Kalau ada keju parut boleh ditaburkan sebelum gulung tortilla. Bakr dalam oven selama 10 minit.

Hasilnya:-

Tuesday, March 8, 2011

Roti Pita


Peppy's Pita Bread
Source: Allrecipes.com

Ingredients
  • 1 1/8 cups warm water (110 degrees F/45 degrees C)
  • 3 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon salt
  • 1 tablespoon vegetable oil
  • 1 1/2 teaspoons white sugar
  • 1 1/2 teaspoons active dry yeast

Directions

  1. Place all ingredients in bread pan of your bread machine, select Dough setting and start. When dough has risen long enough, machine will beep.
  2. Turn dough onto a lightly floured surface. Gently roll and stretch dough into a 12 inch rope. With a sharp knife, divide dough into 8 pieces. Roll each into a smooth ball. With a rolling pin, roll each ball into a 6 to 7 inch circle. Set aside on a lightly floured countertop. cover with a towel. Let pitas rise about 30 minutes until slightly puffy.
  3. Preheat oven to 500 degrees F (260 degrees C). Place 2 or 3 pitas on a wire cake rack. Place cake rack directly on oven rack. Bake pitas 4 to 5 minutes until puffed and tops begin to brown. Remove from oven and immediately place pitas in a sealed brown paper bag or cover them with a damp kitchen towel until soft. Once pitas a softened, either cut in half or split top edge for half or whole pitas. They can be stored in a plastic bag in the refrigerator for several days or in the freezer for 1 or 2 months.
** Saya hanya goreng roti atas non stick pan.

Monday, March 8, 2010

Bun Manis


Sweet Bun Dough
Sumber: Mamafami

A
500 gm tepung high protein (saya guna tepung gandum biasa)
1 sudu teh bread improver - optional
50 gm susu tepung (tak ada, saya ganti dengan susu pekat dibancuh ke dalam air)
1 sudu kecil garam
10 gm instant yeast
100 gm gula castor
1 biji telur
220 ml air

B
75 gm butter

Bahan A dicampur bersama dan diputar hingga sebati kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit. Uli selama beberapa minit hingga semua sebati.

Kemudian masukkan butter dan putar lagi atau uli hingga doh menjadi elastik bila ditarik. Bulatkan doh dan diperam di dalam tempat tertutup sehingga ia naik 2 kali ganda. Doh yg elok adalah bila ditekan dengan jari, ia tidak turun (ia meninggalkan lubang yg kekal bila ditekan).

Doh yg telah diperam tadi dikeluarkan ditumbuk2 sedikit utk mengeluarkan angin. Kemudian boleh dibentuk2 mengikut sesuka hati. Setelah dibentuk, sebaiknya peram lagi sehingga ia naik sekali ganda dari bentuk asal. Kemudian, barulah boleh dibakar pada suhu 180'C selama 20 minit - 30 minit.



** tip:

Untuk memeram doh: saya panaskan dahulu ketuhar dalam 5 minit. Tutup api ketuhar. Perapkan doh roti ke dalam oven. Doh akan naik menggebu sekejap sahaja.

Untuk mendapatkan roti yang lembut: Doh perlu diuli lama (pada ulian pertama). Tarik-tarikkan doh seperti chewing gum.