Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Friday, September 20, 2013

Kangkung Tepung



Sayur kangkung tepung dipopularkan oleh Restoran Jemari Kelana Jaya ehe.

Resepi mudah aje.. sayur kangkung secukupnya. Bancuh tepung beras dengan air. Celupkan kangkung ke dalam bancuhan tepung tadi. Goreng secara dip fry. Makan dengan sos thai.. Sedap!

Tuesday, September 20, 2011

Gulai Labu dengan Ikan Kering


Bahan-bahan:

1/2 biji labu sederhana besar
250ml santan
sedikit air
2 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit (optional)
tulang ikan kering secukupnya di basuh

Bahan untuk dikisar:

1 biji bawang besar
11 biji cili api (ikut kepedasan yang anda mahu)
kunyit hidup / serbuk kunyit

Labu dipotong dadu sederhana besar. Di dalam periuk masukkan labu, bahan-bahan dikisar, 1/2 santan, sedikit air, serai dan daun kunyit. Panaskan periuk. Sekali sekala, perlu dikacau supaya tidak pecah lemak. Apabila labu 1/2 lembut, masukkan tulang ikan kering. Kacau-kacau. Tunggu sehingga labu hampir lembut, masukkan lebihan santan. Bolehlah diangkat apabila labu sudah cukup masak/lembut.

** Jangan masuk garam dahulu. Biarkan gulai labu seketika supaya masin dari tulang ikan kering meresap. Sebelum dihidangkan bolehlah panaskan seketika dan masukkan garam secukupnya.