Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Bruschetta

Kali ni buat bruschetta dengan cendawan + tomato + cheese. Sebelum ni pakai tomato + mayo je pun dah cukup sedap. Yang ni pakai mushroom lagi dabommm!



Bruschetta

1 roti french loaf
1/2 paket cendawan shitake (fresh)
1 ulas bawang putih
garam/lada hitam
2 biji tomato
cheese mozarella / slice pun boleh
marjerin

Bawang putih di cincang. Hiris cendawan. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih. Kemudian masukkan cendawan. Kacau-kacau. Masukkan garam dan lada hitam. Biarkan sampai layu. Angkat.

Tomato di potong dadu.

Roti di potong serong dalam 1 jari tebal. Sapukan marjerin. Letakkan cendawan dan tomato di atas roti. Kemudian letakkan keju. Bakar dalam oven beberapa minit sampai keju cair & roti rangup. Angkat dan hidangkan.

Lasagne

Lasagne ni memang antara yang favorite (hehe abih semua favorite.. apa yang x fav nya ya). Ini cobaan kali ke 3 baru dapat perfect. Tapi tak berapa perfect sangat sebab bahagian atas dia tak "kuning2". Tapi rasanya.. Alhamdulillah, memenuhi citarasa seisi keluarga. Resepi, nanti kemudianlah, sebab kene ambil masa nak ingat hahaha... akibatnya masak main campak-campak.



Chicken Chop - Siran Tergendala

Baru nak berusaha mengupdate koleksi-koleksi resepi masa Ramadhan. Adoi.. bulan Syawal pun dah nak habis, baru nak update yang Ramadhan punya.. well.. better late than never.. ehehe



Chicken Chop

4 keping boneless chicken breast/ part yg dipakai utk buat chicken chop tu

bahan perapan:

1 labu bawang putih ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
7-8 sudu besar sos tomato
sedikit garam
lada hitam

Perapkan ayam dengan bahan perapan.

** Perap lagi lama lagi sedap. Yang ni saya perap 4 jam.

1 biji telur
serbuk roti secukupnya

Panaskan minyak.

Ambil 1 keping ayam dicelup dalam telur. Kemudian di
salut dengan serbuk roti. Gorengkan sehingga kekuningan.

Monday, June 11, 2012

Western lagi

Dinner semalam, Western jugak. Kebetulan, teringin nak masak ni, dan kebetulan petangnya boleh pulak makan pasta tu hehe.

Ayam Black pepper dengan side: patato jacket & jagung


Bahan-bahan untuk ayam black pepper

4 dada ayam
1/2 bungkus serbuk masak lada hitam maggi (yg dalam paket tu)
1 biji bawang besar (dadukan)
air secukupnya
serbuk lada hitam kasar

Dada ayam dibersihkan. Tumiskan bawang sehingga 1/2 layu. Masukkan serbuk lada hitam MAGGI. Kacau sekejap. Masukkan sedikit air. Masukkan ayam. Masukkan serbuk lada hitam kasar. Balik-balikkan. Biar hingga masak 15-20minit. Setelah masak angkat. Lebihan sos biarkan dalam kuali.

Sos

Lebihan sos masak ayam tadi
Cendawan
susu
garam
kicap masin

Panaskan lebihan sos tadi. Masukkan cendawan. Layukan. Masukkan susu secukupnya, garam dan kicap. Biarkan mendidih. Boleh Angkat.


Patato Jacket

4 biji kentang Russet
keju
Mustard/tomato/mayonise

Basuh kentang. Rebus sehingga 1/2 masak dengan garam secukupnya. Angkat. Belah sedikit ditengahnya jangan sampai putus, sedikit sahaja. Bubuh mustard (pada yang suka) kalau tak boleh bubuh sos cili/tomato/mayonise. Taburkan keju. Bungkus dengan aluminium foil. Bakar dalam oven selama 10-15 minit.

Jagung

Rebus dalam air yang telah diletak garam. Bila sudah empuk, angkat. Sapukan mentega.

Selamat Mencuba!

Tuesday, April 10, 2012

Ayam Panggang a.k.a Roasted Chicken


Dah lama berangan hendak panggang ayam seekor untuk santapan keluarga, baru kini tercapai :). Bila dah buat, tak adalah susah sangat.

Bahan-bahan:-

1 ekor ayam sederhana besar dibersihkan dalam dan luar.

A
3 sudu mentega/marjerin
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu teh oregano

B
130g yogurt
5 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu teh oregano
2 sudu besar madu
3 sudu besar cili kisar

C
minyak zaitun
garam
lada hitam

D
lemon (dibelah 2)

Cara-cara:-

1. Gaulkan A. Masukkan bahan A di bawah kulit ayam, urut-urut untuk meratakannya.

2. Perahkan 1/2 lemon ke atas ayam dan ratakan.

3. Lumurkan bahan C pada ayam.

4. Satukan bahan B. Kemudian lumurkan pada ayam (luar dan dalam).

5. Perap ayam (paling min 2 jam).

6. Masukkan 1/2 biji lemon ke dalam ayam.

7. Panaskan ketuhar pada suhu 200 selama 10 minit. Masukkan ayam dan perapan ke dalam loyang. Balikkan ayam selepas 30 minit. Turunkan suhu ketuhar ke 180. Bakar lagi 30-40 minit. Setelah kekuningan/masak, bolehlah angkat. Keluarkan ayam dari loyang.

Membuat sos:-

Panaskan loyang yang mengandungi sisa-sisa perapan ayam yang telah dibakar tadi di atas dapur. Masukkan 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga rata. Masukkan air secukupnya. Masukkan garam dan sos tiram secukup rasa. Biar mendidih, dan angkat.


Focaccia garlic bread

5 sudu besar mentega/marjerin
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu teh oregano

Gaulkan kesemua bahan. 3 buku roti focaccia dibelah dua. Sapukan mentega yang telah digaul herba pada roti. Bakar sekejap dalam ketuhar.


Thursday, January 19, 2012

Chicken Snitzel


Bahan-bahan:

4 keping dada ayam (boneless) potong butterfly
lada hitam
garam

1 biji telur

Tepung goreng KFC secukupnya

Cara Membuat:

Dada ayam dipotong butterfly. Diperap dengan lada hitam dan garam. Panaskan minyak secukupnya. Celupkan dada ayam ke dalam telur. Kemudian celup ke dalam tepung. Goreng sehingga kekuningan atau masak. Angkat.

Side:

4 biji kentang dikupas kulit dan dipotong sederhana besar. Rebus sehingga lembut. Angkat. Bubuh sedikit minyak zaitun, garam, lada hitam, daun parsley. Gaul.

Bake beans: Tumiskan sedikit bawang. Masukkan bake beans dan sedikit air serta garam secukup rasa. Bila sudah mendidih boleh angkat.

Sos Lada Hitam:

Tumis bawang. Masukkan 1/2 paket Maggi Black Pepper. Masukkan susu. Biar mendidih dan sedikit pekat. Masukkan kicap pekat & sos tiram.

Tuesday, March 8, 2011

Crispy Fried Chicken


Ayam Goreng Rangup

8 ketul ayam

Bahan pemerap:

5-6 ulas bawang putih dan halia ditumbuk
Serbuk kari
Sos tiram
Madu
garam

Gaulkan bahan pemerap bersama ayam. Perap selama 1 jam.

telur
Serbuk roti

Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul sedikit. Ambil seketul ayam, dan celupkan ke dalam telur. Kemudian, salutkan dengan serbuk roti.

Kemudian bolehlah digoreng ayam sehingga kekuningan.

Ayam BBQ


Ayam BBQ

1 ekor Ayam potong 12

Bahan pemerap:

1 labu bawang putih dicincang
Sos Mustard
Sos Tiram
Sos Tomato
Madu
Oregano

Cara-cara:

Gaul semua bahan pemerap dengan ayam. Perap sekurang-kurangnya 2 jam.
Panaskan ketujar.
Griskan loyang dengan minyak zaitun. Masukkan ayam dan bakar.
Balik-balikkan ayam. Angkat bila ayam kekuningan.