Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Black Pepper Beef Pasta

Menu malam ni Black Pepper Beef Pasta. Menu inspirasi makan kat food court Giant Ahad aritu. Tapi dah diubah rasa ikut citarasa sendiri.


Bahan: Black pepper beef

400gm daging lembut (saya pakai daging Australia)
1/2 paket perencah Black Pepper Maggi
lada hitam kasar

Daging dihiris nipis. Basuh bersih. Kemudian gaulkan perencah Black pepper Maggi dengan lada hitam kasar secukupnya. Perap dalam 30 minit.
Panaskan kuali. Goreng daging tadi sehingga masak (tak perlu garing). Angkat dan ketepikan.

Bahan: Pasta

400g (1bungkus) Spagetti

1/2 labu bawang putih (dicincang)
5-7 biji cendawan butang (dihiris nipis)
1/2 - 3/4 cawan minyak zaitun
garam
chilli flakes secukupnya

Rebus spagetti sehingga masak. Dalam kuali berasingan panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih. Masukkan cendawan dan chilli flakes. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika. Kemudian masukkan spagetti yang sudah direbus berserta air rebusannya sedikit. Gaulkan sehingga sebati. Angkat.

Di dalam pinggan, letakkan spagetti. Kemudian letakkan daging goreng tadi di atasnya. Hidangkan.

** kalau nak pedas taburkan chilli flakes

Wednesday, May 18, 2011

Macaroni with simple white sauce


Macaroni:

3/4 cawan makaroni

Rebus makaroni hingga lembut. Angkat.

Ayam:

1 keping ayam bahagian dada tanpa tulang (belah nipis)
lea & Perins
serbuk paprika
lada hitam
garam

Perap ayam dengan semua bahan di atas. selama 1 jam. Panaskan minyak zaitun dan goreng ayam sehingga masak. Angkat.

Sos:

1/2 biji bawang besar
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air rebusan ayam
1/4 cawan susu rendah lemak
parutan keju (jika suka)
1 batang kecil lobak merah
lada sulah
garam

Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang besar yang telah didadu sehingga layu. Masukkan tepung dan kacau. Masukkan air rebusan ayam, susu, lobak, lada sulah dan garam. Biar mendidih / sehingga lobak lembut. Masukkan makaroni. Angkat. Hidangkan dalam pinggan. Letakkan ayam di atasnya.

** Hidangan untuk 1 orang

Tuesday, May 17, 2011

Spaghetti Meatball



Atas permintaan anak-anak.. tak mau spaghetti bolognese nak spaghetti meatball.. so ni lah dia hasilanya




Meatball:

400gm daging cincang Ramly
4-5 ulas bawang putih di cincang/ditumbuk
1-2 sudu teh oregano
3-4 sudu besar lea&perrins
1 biji telur
garam secukup rasa


Gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati. Bulat-bulatkan sebesar mana yang anda suka.

Sos:

400gm sos tomato kimball
1 biji bawang besar
2-3 sudu besar cili kisar (ikut kepedasan yang anda mahu)
5-6 biji cendawan shitake (kalau nak bubuh lebih pon boleh)
3 biji tomato buah (belah 4)
2.5 cawan air
oregano
garam
lada hitam
minyak zaitun

Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang besar yang telah didadu dan cili kisar. Goreng hingga bawang layu. Masukkan pula tomato sos. Masukkan air. Biar mendidih. Masukkan meatball, tomato buah, cendawan, oregano, garam dan lada hitam. Masak hingga sos menjadi pekat. Bila sudah pekat bolehlah diangkat.

Spaghetti:

1 bungkus (~ 400gm spaghetti)

Rebus spaghetti bersama 2-3 sudu minyak sehingga ianya lembut. Angkat dan boleh dihidangkan bersama sos.

Tuesday, April 5, 2011

Wednesday, March 9, 2011

Sotong dan Sup Pasta


Sotong dan Sup Pasta

2 ekor sotong dibersihkan

1 cawan pasta elbow

1 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih dicincang
1 sudu mentega
4 keping cendawan shitake dicincang
4 cawan air rebusan ayam/stok
4 sudu pes tomato
2 batang celery
beberapa keping kacang sepat

Cara-cara:

Panaskan mentega. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cendawan. Goreng hingga layu. Masukkan air rebusan ayam, pes tomato dan sotong. Apabila sotong separuh masak, masukkan pasta dan celery. Selepas beberapa minit masukkan kacang sepat. Setelah pasta lembut boleh diangkat dan dihidangkan.

Tuesday, March 8, 2011

Spageti


Spageti

1 paket spageti (400gm)

Rebus spageti. Masukkan beberapa sudu minyak ke dalam air rebusan. Bila lembut, angkat dan toskan spageti.

Sos:

400gm ayam cincang ramly
2 biji bawang besar didadu
1 botol sos tomato
1 senduk sedang cili blend
celery
oregano
lada hitam
garam
gula

Panaskan minyak. Masukkan bawang. Kacau-kacau. Masukkan ayam. Gorengkan sehingga kekuningan. Masukkan cili. Kemudian masukkan air secukupnya dan sos tomato. Biar mendidih. Masukkan oregano, lada hitam, garam dan gula secukup rasa, serta celery. Apabila kuah agak pekat, boleh tutup api dan hidangkan bersama spageti.