Showing posts with label Wedding Ideas. Show all posts
Showing posts with label Wedding Ideas. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Majlis Kahwin di dewan / di rumah

Di dewan atau di rumah? Kedua-dua lokasi mempunyai kelebihan tersendiri. Jika buat di dewan, beberapa perkara perlu diambil kira. Antaranya sewa dewan. Anda perlu 'booking' dewan untuk majlis anda beberapa bulan sebelum tarikh majlis diadakan. Sekiranya, dewan pilihan anda antara lokasi yg popular, ataupun tarikh majlis anda adalah pada musim cuti sekolah, anda mungkin perlu menempah dewan 6 bulan - 9 bulan lebih awal. Jangan terkejut, ada yang menempah dewan untuk majlis mereka seawal 1 tahun sebelum majlis. Kadar sewa dewan bergantung lokasi dan populariti dewan tersebut.

Hiasan dewan juga antara faktor yang perlu difikirkan apabila mengadakan majlis di dewan. Adakah anda akan mengadakan majlis persandingan anda di dewan? Jika ya, anda perlu pula mengambil kira kos tatarias pelamin. Jika tidak, cukup sekadar menumpukan perhatian pada tatarias meja pengantin. Koleksi gambar di bawah mungkin dapat memberikan beberapa idea, bagaimana hiasan dewan yang anda inginkan.

(Gambar dr Google)





Bagi adik ipar saya, oleh kerana majlis persandingan tidak diadakan di dewan, hiasan hanya tertumpu pada meja pengantin.



Koleksi Hantaran

Gubahan hantaran juga mengalami perubahan selaras dengan peredaran zaman. Sekarang pelbagai jenis dan gaya dulang hantaran boleh didapati di pasaran. Kalau anda bakal pengantin dan mempunyai bajet yang terhad, Nilai 3 adalah destinasi wajib bagi anda. Antara dulang hantaran yang menjadi pilihan ramai:

(Gambar dari Google)









Sangat menarikkan? Anda boleh sesuaikan dengan bajet anda.

Untuk hari bahagia, adik ipar telah memilih dulang hantaran kayu putih seperti gambar pertama di atas. Harga promosi: RM39.90 untuk 2 dulang. Maknanya, 1 dulang hanrganya dalam RM20.00. Berbaloi tak? (Penasihat tak bertauliah: Akulah tu)

Dulang hantaran belah lelaki tu pun dibeli di Nilai 3 jugak. Dulang besi yang berkaki. Lagi senang, tak perlu letak atas dulang & tak perlu siapkan alas dulangkan.

Koleksi Hiasan Bilik Pengantin

Untuk hari bersejarah, bilik pengantin juga menjadi salah satu ruang yang akan dihiasi dengan seindah mungkin, sesuai dengan citarasa pengantin. Tetamu yang hadir juga, seakan agenda wajib untuk melihat bilik pengantin. Yang pasti mesti tampil lawa dan menawan hati...

(Gambar dr Google)





Hasilnya......

Sayang gambar dalam koleksi hanya nampak sebahagian dari bilik pengantin sahaja.

Koleksi Pelamin Menarik

Sesuai untuk bakal pengantin. Beberapa koleksi pelamin yang simple dan menarik. Koleksi yang dah hampir 2 tahun berada dalam simpanan, hasil dari survey untuk pelamin adik ipar.

(Gambar dari Google)






Sampel pelamin ni menjadi pilihan adik ipar. Tapi......


Hmm.. hasilnya..


Actually aku tak berapa puas hati dengan outcome pelamin ni. Tiba-tiba pulak ada bunga kaler kuning keorenan gitu. Adoilahhhh.. kenapa mesti ada kuning tu? Tak paham. At least ada kaler soft pepel ke.. tapi kuning itu buat sakit mata betul. Tapi since pengantin tak cakap apa-apa... aku pun senyap je lah.. bising dekat Mr Hubby je... huhu

Di bawah ni pulak gambar pelamin belah lelaki. Nampak tak persamaan yang ada pada kedua-dua pelamin ni? huhu sekali lagi. At least dengan pelamin ni bunga kuning itu masuk dengan tema dan backdrop pelamin.

Monday, June 11, 2012

Wedding Cakes Ideas

Sedetik nak berkongsi idea-idea untuk wedding cake. Agak lama juga tak mengoogle mencari idea sebab 99% tempahan kek, kastemer refer dekat album sendiri :).

So bila mengoogle jumpalah beberapa gambar wedding cake yang menarik :)

Sangat sesuai untuk dijadikan hantaran
(gambar dari google)



Yang di bawan ni pula sesuai untuk upacara majlis memotong kek. Sweet, elegant & vintage look.
(gambar dr google)


Untuk penggemar "Nice & Simple" kek macam ni sesuai sangatkan
(gambar dari google)