Sarapan? Ni rupanya 'supper' kita orang semalam. Dah lama tak buat. Resepi main campak-campak je.
Bahan-bahan
1 biji telur A
susu segar
susu pekat (boleh letak gula)
tepung naik sendiri
Dalam mangkuk, pecahkan telur dan pukul sedikit. Masukkan susu segar 1-2 cawan. Masukkan susu pekat. Masukkan tepung naik sendiri. Kacau hingga sebati. Batter jangan pekat sangat mcm cokodok. Peram dalam 1/2 jam. Panaskan non stick pan. Bubuh sket butter. Masukkan batter. Tutup kuali. Agak-agak bahagian atas dah kering (x ada bahagian lembik), terbalikkan sekejap. Angkat. Sapukan sedikit butter. Hidangkan dengan syrup/madu. MAKAN!!!!
No comments:
Post a Comment