Favourite anak-beranak. Gerenti licin, tak sempat nak ulang-ulang pun. hehe
Lontong
Nasi impit mini pek direbus
Kuah.
Bahan A (kisar)
3 biji Bawang besar
4 ulas bawang putih
30gm udang kering
Bahan B (goreng spara masak)
ubi kentang
tahu
tempe
Bahan C
pucuk/suun direndam
kacang panjang di potong serong2
kobis di hiris lebar sejari
serai di titik
300gm udang hidup
200ml Santan
2 L Air
garam
asam gelugor
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan Bahan A dan serai yang telah dititik. Tumis sehingga naik garing dan naik bau. Kemudian masukkan udang, kacau-kacau seketika. Masukkan air dan asam gelugor. Biar hingga mendidih. Masukkan Bahan C dan Bahan B. Masukkan santan dan garam. Masak sehingga sayur lembut.
Sambal:
2 biji bawang besar
30gm udang kering
2-3 senduk cili kisar
serai
air asam jawa
Kisar bawang dengan udang kering. Tumiskan bawang, cili dan serai yang telah dititik. Masukkan sedikit air asam jawa. Goreng sehingga sambal kering.
No comments:
Post a Comment